Wednesday, January 28, 2015 0 comments

Majlis Pelancaran NILAM 2015

Isnin- 26 Januari 2015, suatu Majlis Pelancaran Program NILAM & Program Amalan Guru Penyayang telah diadakan di Dewan Terbuka SK Jelapang. Pelancaran tersebut adalah kerjasama antara Unit Pusat Sumber Sekolah dengan Unit Bimbingan & Kaunseling.

Tujuan pelancaran untuk Program NILAM adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid serta meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akademik murid-murid / sekolah.

Majlis pelancaran dimulakan dengan nyanyian  buah lagu iaitu Negaraku, Negeri Perak dan lagu sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sham Sunaim serta ucapan dari penyelaras Program Amalan Guru Penyayang, YM Raja Fatimah bt Raja Abd Hamid, penyelaras Program NILAM, Pn Siti Azhana bt Mokhtar . Majlis dirasmikan oleh En Megat Fudzil b Megat Mohamad, PK Pentadbiran dengan memotong kek pelancaran kedua-dua program.

Majlis disudahi dengan edaran penanda buku kepada semua murid dan guru serta nyanyian lagu NILAM.
Kek pelancaran Program NILAM & Program Amalan Guru Penyayang.

Bacaan doa oleh Ustaz Sham Sunaim b Abd Majid

Ucapan penyelaras Program Amalan Guru Penyayang.

Ucapan GPM / Penyelaras Program NILAM

Upacara memotong kek oleh En Megat Fdzil b Megat Mohamad( PK Pentadbiran) & En Jalaludin b Ismail ( PK HEM)

Edaran lirik lagu & penanda buku.

Nyanyian Lagu NILAM.

Murid SKJ gembira mendapat penanda buku.
0 comments

TAKLIMAT ORIENTASI TAHUN 1

28 Januari 2015,Orientasi tahun 1 telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran 200 orang murid yang memasuki tahun 1 pada tahun 2015

Program ini bertujuan memdedahkan kepada murid tentang suasana persekolahan sebenar .Antaranya, bertemu bersama guru kelas serta melihat persekitaran sekolah iaitu bilik darjah, pusat sumber, kantin,pejabat,surau, tandas, bilik-bilik khas dan sebagainya.

Taklimat tentang Pusat Sumber Sekolah telah diberikan pada 23 januari 2015 bertempat di Dewan Terbuka SK Jelapang 
oleh Pn Siti Azhana, Guru Perpustakaan & Media. Maklumat yang disampaikan kepada murid adalah Apa itu PSS?,lokasi PSS,peraturan-peraturan , Program Nilam dan cara meminjam buku.Murid juga diajar bagaimana untuk menulis dalam buku NILAM. Taklimat ini diakhiri dengan mengajukan beberapa soalan. 

Diharapkan, dengan taklimat tentang Pusat Sumber Sekolah akan memberikan semangat dan galakkan kepada murid untuk minat membaca dan melaksanakan Program NILAM

GPM SK Jelapang  menyampaikan taklimat tentan PSS.







Penerangan tentang cara menulis dalam Buku NILAM.


Thursday, January 15, 2015 0 comments

TAKLIMAT ORIENTASI TAHUN 4 2015

14 Januari 2015, Sekolah Kebangsaan Jelapang telah mengadakan Program Orientasi Tahun 4 bagi 2015. Program ini berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Terbuka, SKJ. 

Matlamat orientasi ini adalah bertujuan untuk mempekenalkan kepada murid  tentang matapelajaran yang baru bagi tahun 4 dan juga mempromosikan Pusat Sumber Sekolah. Taklimat PSS disampaikan oleh Pn Siti Azhana bt Mokhtar , Guru Perpustakaan & Media.

 Antara maklumat PSS yang disampaikan adalah tentang peraturan-peraturan PSS, cara meminjam buku, program NILAM dan program Rakan Pembaca. Taklimat orientasi ini diakhiri dengan sesi soal-jawab mengenai PSS. Murid yang menjawab dengan betul telah diberikan hadiah sebuah buku dari Pusat Sumber. Diharapkan dengan taklimat PSS ini dapat menggalakkan  murid untuk untuk berkunjung ke PSS dan seterusnya dapat melahirkan warga yang berintelek.



GPM SK Jelapang menyampaikan taklimat PSS.
Sesi soal - jawab bersama murid.

                 Murid menjawab soalan yang diberikan.
 
;