Wednesday, January 28, 2015

Majlis Pelancaran NILAM 2015

Isnin- 26 Januari 2015, suatu Majlis Pelancaran Program NILAM & Program Amalan Guru Penyayang telah diadakan di Dewan Terbuka SK Jelapang. Pelancaran tersebut adalah kerjasama antara Unit Pusat Sumber Sekolah dengan Unit Bimbingan & Kaunseling.

Tujuan pelancaran untuk Program NILAM adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid serta meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akademik murid-murid / sekolah.

Majlis pelancaran dimulakan dengan nyanyian  buah lagu iaitu Negaraku, Negeri Perak dan lagu sekolah. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sham Sunaim serta ucapan dari penyelaras Program Amalan Guru Penyayang, YM Raja Fatimah bt Raja Abd Hamid, penyelaras Program NILAM, Pn Siti Azhana bt Mokhtar . Majlis dirasmikan oleh En Megat Fudzil b Megat Mohamad, PK Pentadbiran dengan memotong kek pelancaran kedua-dua program.

Majlis disudahi dengan edaran penanda buku kepada semua murid dan guru serta nyanyian lagu NILAM.
Kek pelancaran Program NILAM & Program Amalan Guru Penyayang.

Bacaan doa oleh Ustaz Sham Sunaim b Abd Majid

Ucapan penyelaras Program Amalan Guru Penyayang.

Ucapan GPM / Penyelaras Program NILAM

Upacara memotong kek oleh En Megat Fdzil b Megat Mohamad( PK Pentadbiran) & En Jalaludin b Ismail ( PK HEM)

Edaran lirik lagu & penanda buku.

Nyanyian Lagu NILAM.

Murid SKJ gembira mendapat penanda buku.

0 comments:

Post a Comment

 
;