Thursday, January 15, 2015

TAKLIMAT ORIENTASI TAHUN 4 2015

14 Januari 2015, Sekolah Kebangsaan Jelapang telah mengadakan Program Orientasi Tahun 4 bagi 2015. Program ini berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Terbuka, SKJ. 

Matlamat orientasi ini adalah bertujuan untuk mempekenalkan kepada murid  tentang matapelajaran yang baru bagi tahun 4 dan juga mempromosikan Pusat Sumber Sekolah. Taklimat PSS disampaikan oleh Pn Siti Azhana bt Mokhtar , Guru Perpustakaan & Media.

 Antara maklumat PSS yang disampaikan adalah tentang peraturan-peraturan PSS, cara meminjam buku, program NILAM dan program Rakan Pembaca. Taklimat orientasi ini diakhiri dengan sesi soal-jawab mengenai PSS. Murid yang menjawab dengan betul telah diberikan hadiah sebuah buku dari Pusat Sumber. Diharapkan dengan taklimat PSS ini dapat menggalakkan  murid untuk untuk berkunjung ke PSS dan seterusnya dapat melahirkan warga yang berintelek.



GPM SK Jelapang menyampaikan taklimat PSS.
Sesi soal - jawab bersama murid.

                 Murid menjawab soalan yang diberikan.

0 comments:

Post a Comment

 
;